Sejarah penubuhan Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016[1].

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti[2][3]. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [4]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018[5]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[6][7], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[8].

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...